Bumi rata
Bumi rata

Bumi rata

Model Bumi rata atau leper merujuk kepada dakwaan dan kepercayaan bahawa Bumi adalah berbentuk rata dan bukannya seakan-akan sfera. Pada zaman dahulu, kebanyakan tamadun purba berpegang kepada konsep Bumi berbentuk rata seperti tamadun Yunani purba (hingga zaman klasik) dan tamadun China hingga abad ke-17. Model Bumi sfera terbit daripada falsafah Yunani purba sejak abad keempat SM, melalui ahli-ahli oleh Pythagoras, Plato dan Aristotle sebelum konsep tersebut tersebar ke seluruh dunia.[1][2]Meskipun begitu, golongan yang berpegang teguh kepada konsep Bumi rata pada zaman moden masih wujud dengan kewujudan teori-teori konspirasi pseudosains,[3] dan menjadi semakin ketara dengan kewujudan media sosial.[4][5]